Resepi Homemade Finger Paints ni saya ceduk idea dari pinterest. Memang terbaik dan selamat bahan-bahan yang digunakan. Ambil dari dapur je.Hehe
Okeh,meh layan gambar sikit.
Bagusnya idea ni saya tak perlu risau anak-anak terasa atau makan warna.Selalu yang si kecik Naurah la yang tinggi sikit perasaan nak tahu tu.Habis semua masuk mulut. Warna- warna ni hanya diperbuat daripada tepung jagung semata,garam dan pewarna makanan saja.
Jom ibu-ibu semua, bagi anak-anak explore dengan permainan warna jari ni.Contoh dalam gambar sebelah kanan, saya lukis ranting pokok dan bagi diorang buat daun dengan cop jari.
Memang messy sikit selepas tu,tapi bagus untuk perkembangan sensori anak-anak
Gambar selepas dah takde sebab saya sibuk mengelap air tumpah.hehe
Selamat Mencuba ye.
Tiada ulasan:
Ulasan baru tidak dibenarkan.