Salam perkenalan
Entri sulong blog ni,kenapa vitamin hearty (hati)?Tergerak rasa nak letak nama ni disebabkan terkesan dengan ceramah Ustazah Asni. kat TV9 pagi kelmarin (4 June 2014) tentang vitamin hati. Kebanyakan dari kita sibuk nak sihatkan badan,bagi cantik bagai tapi terlupa benda terpenting iaitu hati pun mau cantik. Jangan hanya sibuk mengumpul harta tapi jiwa miskin. Lupa nak berhenti sebentar dalam kesibukan duniawi. Kehidupan abadi hanya di ukhrawi.
Banyakkan kejadian jenayah sekarang kan?Budak perempuan -anak sekolah jadi pembuli dan bergaduh,kanak2 didera dan dibunuh (kes sofea).Banyak lagila kes-kes yang tak tersebut dek terlalu banyaknya.Bila kita kenangkan balik pelaku-pelaku jenayah ni waktu zaman bayinya, siapa sangka bila besar akan jadi sekejam ni.Siapa yang corakkan kanvas putih mereka,tentula yang terdekat ialah ibu dan ayah,diri sendiri dan seterusnya masyarakat. Tetapi akhirnya,there is no one to blame but yourself.
Hati yang asal putih tercemar oleh pelbagai anasir dan pertimbangan yang salah. Kita ada akal yang tuhan bagi,ilmu dan common sense,human good nature.Dont get wasted. Most of us are the type that like to be spoon fed-hanya menerima dan kurang memberi. We tend to be greedy,wanting for more success is good but must be together with the right cause. Bila Allah tarik sikit nikmat hidup mula tertekan tak tentu arah. Terasa diabaikan tuhan. Ya Allah,kita dah lupa nikmat tuhan yang sebelum ini
terlalu banyak. Sebab tu jugak banyak kes bunuh diri walaupun bukan di kalangan orang Islam Kurang bersyukur..Hilang rasional,hidup biar bertuhan kerana kita bukan tercipta sendiri.
Peringatan untuk diri sendiri jugak. Astagfirullah.
antara ucapan Ustazah Asni
"Allah yang memberikan hati yang sempurna,kita yang mengotorkannya dan kita juga yang kena membersihkannya. Dan kita jugalah berikan vitamin kepada hati kita.Allah berikan hati sempurna untuk bezakan kita dari makhluk lain.Kita yang kotorkan. Oleh itu,jangan susah meminta maaf pada orang lain,suami,pada ibu bapa dan sentiasa mintak redha mereka. Dua Kejayaan apabila hati kita bersih di dunia hati yang bahagia akan membahagiakan orang lain dan kejayaan di akhirat ialah akan dapat bertemu dengan Allah dengan hati yang sejahtera sebagaiman Allah berfirman " Harta dan Anak tidak berguna lagi kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih "
Surah Al Syu'ara' 88-89.
Ok,jadi maafkanlah segala kekhilafan entri sulongku ni.buah pikiran yang tak seberapa :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan